THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 March 2018

Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro®



Bertempat di The Cooking House pada 18 Mac yang lalu...aku telah diemput untuk menghadiri satu event ekslusif diberi nama "Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro®".. aku sangat excited dengan jemputan ni aku memang excited..event sebegini biasa nya banyak aktiviti parenting disamping aktiviti kreatif dan mendapat ilmu keibubapaan bukan saja dari segi akademik tapi menerap kan nilai nilai kasih sayang antara ibu dan anak.. yang paling penting peluang yang kami dapat seperti petua nutrisi lebih lagi untuk anak kita...Acara eksklusif  ini juga menjemput selebriti mommies Diana Amir dan Yana Samsudin selaku pengacara majlis bagi memeriahkan majlis dan berkongsi tips bersama ibu ibu yang hadir...


Apa apa kita bergambar dulu..




Yeayy im.ready ..acah acah chef


Bersama mommy celebrity selaku jemputan


Bersama sebahagian mommies yang join turut serta


Okay aku nak share sikit tujuan event ini dianjurkan ...."Sesi Mama2 Penyayang Dugro®".. Dumex Dugro® memahami bahawa ibu-ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anakbertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu dan anak-anak mereka menggunakan kreativiti dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat sejak kecil.. kita ada sesi demo masakan bersama Chef Norzailina Nordin (Lin) untuk menunjukkan Menu Ringkas 6 hari Dugro®’ ..sebanyak 6 resipi akan diperkenalkan dalam acara ini, yang semuanya kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, serat, vitamin dan mineral. Ini juga sesuai untuk pelan makanan 1 minggu untuk kanak-kanak, membuat resipi ini lebih sempurna dan mudah untuk disediakan ibu-ibu bekerja..


Buku Menu Ringkas 6 hari panduan menyediakan juadah si manja


6 menu si manja yang disediakan oleh chef 

Ready Chef Lin in action

Juadah pertama Quiche Ayam Cendawan 





Diserikan dengan emcee Yana Shamsudin berceloteh

Pakar careline membantu bersama menjawab soalan

Bersama Chef Lin...dulu aku pembaca blog masakan dia...

Selain main masak masak bersama mommies..kita juga ada tetamu jemputan terdiri daripada Dumex Dugro®" Careline expert yang membincang kan isu isu anak dan inisiatif mereka membantu menjawab soalan kemusykilan ibu bapa ...penasihat pasukan careline mereka adalah terdiri daripada para ibu, bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia mendengar dan menawarkan nasihat pada bila bila masa saja..meraka banyak berkongsi  tips mengasuh anak-anak, dan menyediakan lebih banyak makanan berkhasiat & susu untuk anak-anak mereka dengan lebih cekap dan dengan jaminan kualiti - semua dengan bahan-bahan yang berkhasiat, cekap dan efisien..pasukan Careline sedia membantu 24 jam 7 hari seminggu di talian 1800-38-1038 jika anda memerlukan sebarang nasihat atau pendengar setia...



Sessi bersama Team Careline..membantu menjawab sebarang masalah kemusykilan para ibu...












Sesi Masakan bersama ibu ibu kami di bahagikan 6 orang satu kumpulan..kami diminta untuk menyediakan 2 hidangan menu ringkas Dumex Dugro®’..yang pasti anak anak pasti suka nutrisi lebih tinggi..menu kami pada hari itu ialah Quiche Ayam Cendawan & Kebab Ikan Comel...kami di beri masa selama 40 minit untuk menyiap dan menyediakan hidangan lengkap penuh berkhasiat menggunakan susu Dumex Dugro®...perasaan yang seronok sangat dan teruja dapat memasak makanan berkhasiat untuk anak...tak sangka susu Dumex Dugro®. tinggi nutrisi boleh membantu penyediaan menu sihat...


Kerjasama memasak team kami...

memasing memang rajin ada je tugas...


Susu Dugro jangan dilupa...menu sihat untuk anak anak


Siap hasil kami...

menu sihat bernutrisi bersama Dugro berjaya disiap kan Quiche Cendawan Ayam dan Kebab Ikan Comel

Semestinya Dugro dalam masakan..




TAHUKAH ANDA?
Dugro® mengandungi kandungan DHA tertinggi*. DHA adalah komponen utama otak dan retina mata.

Dugro® juga mengandungi dengan Omega 3, Omega 6 dan lcFOS yang hanya didapati dalam Dumex Dugro. Omega 3 & Omega 6 adalah acid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya mesti diperolehi daripada makanan ataupun susu formula. Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 yang secukupnya dapat membantu pembelajaran dan pemikiran Si Manja.



Ada berita baik untuk all mommies..kini ada promosi 2-in-1 Playmat dan Storage Bag ** Sebarang variansi * Sementara Stok Masih Ada..Dapatkan dan kumpul kesemua rekaan..


1. Beli mana-mana Susu Dumex Dugro 900g, dan dapatkan mainan 2-dalam-1 dan simpanan semula **Mana-mana variansi ** 
2. Ia boleh didapati di semua kedai utama di seluruh Malaysia, untuk maklumat lanjut lawati: https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara atau halaman Facebook Dumex Dugro


Penggunaan:
1. Cerita-cerita & Waktu Main
2. Penyimpanan
3. Pek untuk berkelah
4. Boleh dibasuh











1 comment:

M said...

"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

Google